Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Melaka 2011

Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Negeri Melaka telah dijalankan dengan jayanya pada 16 Jun 2011 yang lalu di Auditorium Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Ia telah disempurnakan oleh Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Melaka.
Dalam ucapan Pengerusi PEKDIS negeri Melaka, Tuan Hj. Ismail bin Mohmd, beliau telah memaklumkan bahawa PEKDIS Melaka telah menggunakan sistem aplikasi Pesanan Ringkas (SMS) dalam semua aktiviti Pekdis Negeri Melaka. Ia memberi impak yang sangat baik dalam perjalanan PEKDIS Negeri Melaka.
Terakhir dikemaskini (Isnin, 18 Julai 2011 11:15)
Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:
Terakhir dikemaskini (Isnin, 18 Julai 2011 11:13) TAKLIMAT PENDEDAHAN PENGURUSAN TERKINI IBADAH MANASIK HAJI TAHUN 1431H18 April 2011- PEKDIS Cawangan Melaka telah menganjurkan Taklimat Pendedahan Pengurusan Terkini Ibadah Manasik Haji Tahun 1431H Di Masyaair Al-Haj dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Melaka. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh 190 orang Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah. Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tn. Haji Ismail bin Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka. Dalam ucapannya, beliau menyentuh secara umum perkembangan pelaksanaan ibadah haji. Turut dinyatakan peluang guru Pendidikan Islam menjadi pembimbing Kursus Ibadah Haji yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji. Beliau turut menggalakkan pada hadirin membuka akaun di Tabung Haji sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah haji. Majlis diteruskan lagi dengan ceramah oleh Tn. Hj. Abu Shukor bin Jangga, Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji. Dalam ceramahnya, beliau menyambut baik program yang diadakan oleh PEKDIS Cawangan Melaka yang menjemput Lembaga Tabung Haji untuk turun padang bersama-sama menjelaskan isu-isu berkaitan menunaikan haji. Antara yang yang disentuh dalam ucapan beliau ialah Isu-Isu Hasil Muzakarah Haji. Isu tersebut berkaitan tentang permasalahan haji lima tahun kebelakangan ini. Selain itu, turut dijelaskan syarat kelayakan menunaikan ibadah haji di kalangan jemaah haji serta prosedur menabung di Tabung Haji. Turut disyorkan kepada para guru yang belum membuka akaun di Tabung Haji supaya membuka segera simpanan di Tabung Haji agar dapat mendaftar diri untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat. Majlis yang diadakan berakhir jam 5.00 petang. Rata-rata hadirin yang ditemui berpuashati dengan input-input yang diperolehi dari pihak Lembaga Tabung Haji. Mereka berharap PEKDIS Cawangan Melaka akan dapat mengadakan majlis seumpama ini pada masa akan datang. Oleh: Ustaz Norhisham bin Miswan Terakhir dikemaskini (Isnin, 18 Julai 2011 11:14) Lawatan Ke Pusat Penyembelihan di SelangorSemua ahli PEKDIS negeri Melaka yang berminat mengikuti lawatan ke Pusat Penyembelihan di Selangor pada 15 April 2011 ini (Sempena cuti Hari Pengisytiharan Melaka Bersejarah) diminta menghubungi Tuan Haji Khairiel bin Moktar dan Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa di talian 232 6732 pada atau sebelum 14 April 2011. Kemudahan pengangkutan disediakan (Percuma). Wang saku sebanyak RM10.00 diberikan kepada semua ahli rombongan. Jom Daftar SEGERA kerana tempat terhad. Hanya 22 peserta terawal sahaja akan diterima. Taklimat Kesedaran Berzakat di Kalangan Penjawat Awam28 Mac 2011 - Seramai 350 orang Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah negeri Melaka telah diberikan pendedahan tentang keperluan, kepentingan dan kelebihan berzakat anjuran Pusat Zakat Melaka dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka dan juga PEKDIS Negeri Melaka pada jam 2.45 petang tadi di Dewan Besar SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Nawi bin Ahmad, Timbalan Pengerusi Pusat Zakat Melaka. Turut hadir, Tuan Haji Ismail bin Hashim (Pengerusi Pusat Zakat Melaka), Tuan Hj. Ismail bin Mohmd (Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka), Tuan Haji Raja Abdullah bin Raja Setapa (Timbalan Pengerusi PEKDIS Negeri Melaka), para pegawai SPI, PPD dan juga Pusat Zakat Melaka. Majlis penerangan dan ceramah berkaitan pula telah disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Uda bin Kassim dari Pusat Zakat Selangor. Dalam ceramahnya, banyak input berguna yang telah disampaikan Adalah diharapkan agar dengan pendedahan seperti ini akan dapat membantu golongan para ustaz dan ustazah sebagai daie menjadi ejen kearah membentuk kesedaran berzakat dikalangan para guru di sekolah masing-masing kelak. [ GALERI GAMBAR SPI ] [ GAMBAR DI FB ] [ Portal Pusat Zakat Melaka ] |

















