• UTAMA
  • Perlembagaan
  • Pengenalan PEKDIS
  • PEKDIS Pusat
  • Hubungi Kami
Popular
  • Apa itu PEKDIS?
  • Ahli PEKDIS Tahun 2007
  • AJK PEKDIS 2010 - 2012
  • Senarai Ahli 2010
  • Faedah Ahli PEKDIS
Terkini...
  • MUZAKARAH TAJDID PEMIKIRAN ISLAM
  • Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Melaka 2011
  • Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011
  • TAKLIMAT PENDEDAHAN PENGURUSAN TERKINI IBADAH MANASIK HAJI TAHUN 1431H
  • Lawatan Ke Pusat Penyembelihan di Selangor
INFO SPI MELAKA
Utama
  • KURSUS PROFESIONALISME GURU BESAR NEGERI MELAKA BIL.1/2012
  • Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pertandingan Kalam Jamaie (SR)
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6 Tahun 2011 Pelaksanaan Mata Pelajaran Bahasa Arab Bagi Murid Tingkatan Empat Mulai Tahun 2011
Home

MUZAKARAH TAJDID PEMIKIRAN ISLAM

PostDateIconRabu, 22 Februari 2012 15:39 | PostAuthorIconDitulis oleh Administrator | PDF Cetak E-mail

18 Oktober 2011 - PERKIM Kebangsaan bersama Jabatan Pelajaran Melaka dan PEKDIS Melaka telah menganjurkan Muzakarah Tajdid Pemikiran Islam di Auditorium Imegresen Ayer Keroh, Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 22 Februari 2012 15:48)

Baca Lagi...

 

Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Melaka 2011

PostDateIconIsnin, 18 Julai 2011 10:59 | PostAuthorIconDitulis oleh Administrator | PDF Cetak E-mail

Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Negeri Melaka telah dijalankan dengan jayanya pada 16 Jun 2011 yang lalu di Auditorium Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Ia telah disempurnakan oleh Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Melaka.

Dalam ucapan Pengerusi PEKDIS negeri Melaka, Tuan Hj. Ismail bin Mohmd, beliau telah memaklumkan bahawa PEKDIS Melaka telah menggunakan sistem aplikasi Pesanan Ringkas (SMS) dalam semua aktiviti Pekdis Negeri Melaka. Ia memberi impak yang sangat baik dalam perjalanan PEKDIS Negeri Melaka.

Terakhir dikemaskini (Isnin, 18 Julai 2011 11:15)

Baca Lagi...

 

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

PostDateIconSelasa, 19 April 2011 21:34 | PostAuthorIconDitulis oleh Administrator | PDF Cetak E-mail
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:
  • Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan  Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian  Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah  Bahagian   masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya  pada Khamis, 26 Mei 2011.
Maklumat lanjut sila rujuk lampiran di bawah :-
Surat Siaran
Lampiran A1
Lampiran A2
Lampiran A3
Lampiran A4
Borang Permohonan
Kenyataan Ketua Jabatan
Surat Akuan Pinjaman Pendidikan
Tapisan Keutuhan
Alamat Jemaah Nazir Negeri

Terakhir dikemaskini (Isnin, 18 Julai 2011 11:13)

 

TAKLIMAT PENDEDAHAN PENGURUSAN TERKINI IBADAH MANASIK HAJI TAHUN 1431H

PostDateIconSelasa, 19 April 2011 10:26 | PostAuthorIconDitulis oleh Administrator | PDF Cetak E-mail

18 April 2011- PEKDIS Cawangan Melaka telah menganjurkan Taklimat Pendedahan Pengurusan Terkini Ibadah Manasik Haji Tahun 1431H Di Masyaair Al-Haj dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Melaka.

Taklimat tersebut telah dihadiri oleh 190 orang Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah. Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tn. Haji Ismail bin Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka. Dalam ucapannya, beliau menyentuh secara umum perkembangan pelaksanaan ibadah haji. Turut dinyatakan peluang guru Pendidikan Islam menjadi pembimbing Kursus Ibadah Haji yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji. Beliau turut menggalakkan pada hadirin membuka akaun di Tabung Haji sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah haji.

Majlis diteruskan lagi dengan ceramah oleh Tn. Hj. Abu Shukor bin Jangga, Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji. Dalam ceramahnya, beliau menyambut baik program yang diadakan oleh PEKDIS Cawangan Melaka yang menjemput Lembaga Tabung Haji untuk turun padang bersama-sama menjelaskan isu-isu berkaitan menunaikan haji. Antara yang yang disentuh dalam ucapan beliau ialah Isu-Isu Hasil Muzakarah Haji. Isu tersebut berkaitan tentang permasalahan haji lima tahun kebelakangan ini.

Selain itu, turut dijelaskan syarat kelayakan menunaikan ibadah haji di kalangan jemaah haji serta prosedur menabung di Tabung Haji. Turut disyorkan kepada para guru yang belum membuka akaun di Tabung Haji supaya membuka segera simpanan di Tabung Haji agar dapat mendaftar diri untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat.

Majlis yang diadakan berakhir jam 5.00 petang. Rata-rata hadirin yang ditemui berpuashati dengan input-input yang diperolehi dari pihak Lembaga Tabung Haji. Mereka berharap PEKDIS Cawangan Melaka akan dapat mengadakan majlis seumpama ini pada masa akan datang.

Oleh: Ustaz Norhisham bin Miswan

Terakhir dikemaskini (Isnin, 18 Julai 2011 11:14)

 

Lawatan Ke Pusat Penyembelihan di Selangor

PostDateIconKhamis, 14 April 2011 05:43 | PostAuthorIconDitulis oleh Administrator | PDF Cetak E-mail
Rating Pengguna: / 1
Kurang BaikTerbaik 

Semua ahli PEKDIS negeri Melaka yang berminat mengikuti lawatan ke Pusat Penyembelihan di Selangor pada 15 April 2011 ini (Sempena cuti Hari Pengisytiharan Melaka Bersejarah) diminta menghubungi Tuan Haji Khairiel bin Moktar dan Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa di talian 232 6732 pada atau sebelum 14 April 2011.

Kemudahan pengangkutan disediakan (Percuma). Wang saku sebanyak RM10.00 diberikan kepada semua ahli rombongan. Jom Daftar SEGERA kerana tempat terhad. Hanya 22 peserta terawal sahaja akan diterima.

 

<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Menu Utama
  • UTAMA
  • Perutusan Pengerusi
  • Aktiviti Kita
  • Album
  • Senarai AJK
  • Faedah Ahli
  • Soalan Lazim
  • Koleksi Tazkirah
Interaktif
  • SMS - Sistem Pesanan Ringkas
  • Muat Turun
  • Buku Pelawat
Jamaah Kita
  • Senarai Ahli 2010
Bersama Kita...
Kami ada 7 tetamu online
Analisa Tetamu
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini183
mod_vvisit_counterSemalam258
mod_vvisit_counterMinggu Ini441
mod_vvisit_counterMinggu Lalu2
mod_vvisit_counterBulan Ini1150
mod_vvisit_counterBulan Lalu32282
mod_vvisit_counterJumlah146531

Online (20 minutes ago): 8
IP: 38.107.179.231
,
Sekarang: 2012-02-23 12:47
Visitors Counter 1.6
HIPERANGKAI
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Bahagian Pend. Islam, KPM
  • Jabatan Pelajaran Melaka
  • Sektor Pend. Islam, JPN Melaka
  • Blog j-QAF Melaka
  • Fatwa & Pandangan Hukum Syarak
Laporan Akhbar
Berita Harian: Mutakhir
  • 9 terbunuh tunjuk perasaan Afghanistan
  • Muhyiddin terima kunjungan hormat Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN
  • Lelaki cuba tetak anggota polis ditahan
Login Form



  • Lupa password?
  • Lupa username?
  • Cipta Akaun
feed-image

© Hakcipta Terpelihara Pekdis Melaka

*Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.